Powered by Blogger.
RSS

Novel : Cantiknya Si Comot


Pertemuan pertama Farid Ammar, seorang lelaki metroseksual, dan Rosmina, seorang gadis kebun yang comot, memberikan persepsi yang kurang menyenangkan di antara mereka.

Pertemuan demi pertemuan antara mereka telah membuat hati Ammar mekar dengan bunga-bunga cinta buat Rosmina. Malangnya di saat Rosmina ingin membalas perasaan Ammar muncul pula gadis bernama Surina. Di waktu yang sama Rosmina juga disahkan mempunyai ketumbuhan di dalam rahimnya yang membuat dia merasa dirinya tidak layak untuk mendampingi Ammar. Kehadiran Surina dan keadaan diri yang serba kekurangan membuat Rosmina nekad untuk menjauhkan diri dari Ammar.

"Tak cakap apa? Su ingat kami tak tahu apa yang Su dah buat. Kenapa busuk sangat hati Su? Su ingat kalau Mina tu tak nakkan abang, abang akan terima Su. Maaf Su, abang takkan sesekali terima Su walaupun dah tak ada perempuan lain lagi dalam dunia ni. Ingat! Kalau Su cuba dekati Rosmina dan buat cerita yang bukan-bukan lagi abang takkan teragak-agak untuk musnahkan hidup Su."

Ikutilah kesudahan kisah cinta di Cameron Highlands di antara Ammar dan Rosmina ini yang penuh dengan suka duka dan pelbagai dugaan.

***
Detail
Tajuk Novel : Cantiknya Si Comot
Penulis : Miazal Zahra
Penerbit : Karya Seni. Link : http://karyaseni.my/
Harga : RM19.00
Cetakan : Mei 2011

***
Review

Tarikh habis baca : 25 September 2011. Pinjam dari kakak seopis.
My Review :
Sbb citer ni kat Cameron Highland, jd aku rasa bes je nak baca. Bila tgk sinopsis, macam citer biasa. Tp bila dah baca, baru jumpa sesuatu yg jarang-jarang penulis ketengahkan dlm novel mereka.
Rosmina yang semakin menderita bila dah 2 tahun kahwin masih tak dikurniakan zuriat. Macamana perasaan nya terhiris bila adik ipar pula yang terlebih dahulu mengandung dan bagaimana rasanya bila mertua pula berbaik semula dengan bekas teman wanita suaminya.

Cuma apa yang tak berapa nak bes adalah situasi mcm takde org nak lain dikahwin tu. Si adik kawen dgn abang kepada adik iparnya. Faham?
Oke, baca dulu baru leh faham? Hihi.

Pendek kata mmg bes dan cam biasa - mmg happy ending. Itu yang utama. Haha

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Destinasi Angan-angan : Phuket


Image credit to :
http://www.phuket.net/visit-phuket/about/photo-gallery-1.htm

Phuket (ภูเก็ต) [1], pronounced (roughly) "pu-ged", is Thailand's largest island. It is 48 km in length, 21 km at its widest, and is in Southern Thailand, on the west-facing Andaman Sea coastline, suspended from the southern tip of Phang Nga Province by a pair of short but substantial road bridges. 

Credit : Wikitravel

Destinasi angan-angan utk next year.
Bertambah semangat tgk deal dari groupon Malaysia ini.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Novel : Sweet Sour


A – Yang manis, harum lagi wangi itu Zarul

“Kira orang ni taraf cincin gula-gula ni ajelah.”
“Sepuluh ringgit tu.” Sungguh-sungguh dia cakap.
“Berkira... baru sepuluh dah kecoh... bukannya seribu pun.” Aku jeling dia.
“Banyak cakap pula... kalau tak nak bagi balik.” Dia hulur tangan kiri.
Tak tahu pula macam ni punya seronok apabila dapat cincin... walaupun hanya cincin gula-gula.
“Ni kira orang ‘cuplah’ ni.” Sambung dia lagi.
Aku simpan senyum. Tak boleh senyum depan-depan ni, nanti dia perasan!

B – Yang pahit, masam, masin, payau itu Joe Jambul

“Bayar cincin ni.” Kata dia. Betul ke ni, apa yang aku tengah dengar ni.
“What?” aku terjerit di situ.
“Pay for this.” Relaks aje dia mengarah aku lagi.
“Okey... saya bayar!” Aku jeling dia.
Tapi kan, juling biji mata aku tengok bil RM10 000 kat Tiffany tu. Gila ke apa? Batu planet mana dia pakai buat cincin bodoh ni!

***
Detail
Harga : RM21.00
Penulis : Nasz
Terbitan : Jemari Seni. Link : http://www.jemariseni.com
****
Review saya 
Tarikh beli : 18 September 2011 - Popular, Wangsa Walk
Habis baca : 26 September 2011
Review : Memula baca cam tak bes je. Tp da nak ending-ending tu meresap ke jiwa juga. Tak bleh nak tunggu-tunggu lagi dah. Baca je smpai abis. Tak puas ati. Nak tau ending macamana. Walo rasa cam nyampah kat Joe, tp aku lagi tak sker Zarul yang kacau lagi Alia lepas dia dah kawen ngan Joe. Jadi kesimpulannya aku suka Joe lagi kut. Hik hiks.
Utk Nasz : Tahniah di atas kelahiran Novel Sweet Sour yang bes ni :))

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Transformasi

Tanggal 25 September 2011,
dengan lafaz


blog ini dirasmikan.

Moga ini adalah satu transformasi ke arah sesuatu yang lebih memberikan informasi.
Minat harus diteruskan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS